[Review] Online Shopping Lazada

Monday, March 06, 2017 14 Comments A+ a-

 

Online shopping bukanlah sesuatu yang menjanggalkan pada zaman sekarang. Ditambah lagi dengan kepadatan dan kesibukkan waktu sehingga nak keluar shopping pun takda masa atau letih. Itu antara sebab-sebab yang diberikan. Tapi pada aku sebenarnya sebab harga yang ditawarkan gila murah berbanding beli sendiri kat kedai atau mall. 

Memanglah beli online ni kita tak dapat sentuh barang yang nak di beli tu. Tapi setakat ni semua barang yang aku beli dekat lazada ni bagus dan puas hati dengan harga yang ditawarkan. Nak beli barang tu kalau boleh tengok jugaklah jenama dia. Pilih jenama yang diyakini kalau tak pun kira redha jelah kalau dah berkenan sangat dengan barang tu. Hahaha tu tips dia. 

Kita sebagai pengguna kenalah bijak membuat pilihan. Berbalik kepada Lazada, hmmm.. ape je yang takda dekat Lazada ni. Semua ada. Daripada baby sampailah barangan orang tua. Servis dia pon tip top. Cuma part postman tu jelah, dah peta elok-elok rumah kat mana pon tak jumpa. Padahal rumah aku tepi jalan besar senang je nak cari. Lainlah kalau kena cilok lorong sana masuk lorong sini barulah payah nak cari. Hehe tapi kadang-kadang kelakar jugak. Takpa bagi depa exercise sikit. 

Biasanya orang yang takut beli barangan secara online sebab takut kena tipu. Memang perlu rasa macam tu. Sebab tu kena bijak pilih saluran betul sebelum buat belian. Contohnya jualan di instagram. Kalau nak beli handphone tu aku lebih suka beli dekat kedai je. Banyak kes kena tipu beli phone dekat insta. Dah bayar beratus-beratus pastu lesap hilang kemana. Benda mahal-mahal ni beli kedai jelah ye. 

Aku ada satu tip untuk korang kalau beli barangan dari Lazada dinasihatkan masuk melalui Shopback app. [Korang boleh download dekat AppStore dan Google Play]. Sebab apa? Sebab korang akan dapat cashback sehingga 11% daripada jumlah yang dibelanjakan. Jadi untung berpihak pada kita. Top up pon boleh beli kat Lazada ni. Bestkan kumpul-kumpul cashback pastu withdraw masuk akaun bank. Haaa.. berbelanja secara bijak kengkawan. 👍🏼

 

14 comments

Write comments
6 March 2017 at 22:23 delete

singgah sini.. btw lazada mmg femes, dan mudah nak shopping di lazada. :)

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
6 March 2017 at 22:32 delete

Yang penting boleh dipercayai. TQ singgah. 😁

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
6 March 2017 at 22:43 delete

Kalau nak tau trusted seller atau barang kita beli ok ke tak, boleh tengok feedback customer yang beli sebelum tu... lazada memang murah berbanding beli kat kedai...

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
7 March 2017 at 08:04 delete

Ye betul. Biasanya online seller yg besar2 ni dia jaga customer. Klau ade problem dia akan settle-kan dgn baik. Cth: ganti barang @ refund. Nak jaga reputasi.

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
7 March 2017 at 15:25 delete

Kaki shopping online juga ye rupanya. Hehe. Lepas ni boleh lah review barang apa yang di beli pula 👍

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
7 March 2017 at 18:26 delete

Hihi sebab dh servey harga kat kedai mahal sis. Nak jimat punya pasal beli jelah online. Dok gitu sis? Haha

Reply
avatar
sabree hussin
AUTHOR
8 March 2017 at 16:31 delete

Betul tu, yang problem ni selalunya syarikat kurier. Hari tu beli makanan kucing kat Lazada. Tak la berat sangat, dalam 20kg je. Posmen tu tak nak hantar sampai ke dpan rumah. Sebabnya rumah aku tingkat 9 dan lif rosak.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
8 March 2017 at 16:57 delete

Ada jugak yang kena pergi ambik kat office dia. Macam2 hal.

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
9 March 2017 at 11:42 delete

Saya ada buat pencalonan nama Ridz dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

Reply
avatar
Fhatin Amelia
AUTHOR
9 March 2017 at 11:44 delete

shopback tu tak pernah lagi guna, maybe lepas ni nak kena usyar jugak benda apa tu hihihi

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
9 March 2017 at 11:55 delete

Bagus guna boleh dapat balik duit yg kita blanja wlaupon xbyk kalau dh kumpul2 beratus jgk kan. hihi

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
9 March 2017 at 11:57 delete

Haa... ok2 nnti saya check.

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
17 March 2017 at 17:17 delete

Ni dah boleh join contest lazada dah ni hehehe. Nice review.

Reply
avatar
Nour Adieb
AUTHOR
21 March 2017 at 10:52 delete

x sabar nak tunggu 22/03 ni �� manatau brg yg berkenan tu dpt diskaun yg giler2

Reply
avatar