Pawagam di Kuala Terengganu Kembali Selepas 22 Tahun

Friday, March 10, 2017 20 Comments A+ a-

Salam semua, ya memang betul Kuala Terengganu dah 22 Tahun takda pawagam selepas kena ban. Disebabkan itulah aku tak pernah tengok wayang kat Terengganu seumur hidup aku ni. Hahaha first time aku tengok wayang pun masa umur aku 18 tahun. Masa tu aku study kat Kuantan ambik diploma. Haaa time tu la aku jejak kaki kat pawagam. Tempat favorite aku layan wayang dekat Berjaya Mega Mall. Masa tu jugak East Coast Mall tak wujud lagi. 

Bicara Ridz 

Haa... Itulah dia. LFS Cinemas akan membuka pawagamnya di Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu secara rasmi pada 18 Mac 2017. Dikhabarkan juga pawagam ini adalah yang ke-2 terbesar di Pantai Timur selepas East Coast Mall Kuantan. Jadi warga Kuala Terengganu dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya boleh ke sini untuk layan movie. Walaubagaimanapun, pawagam di Terengganu agak berbeza seperti di tempat lain kerana tiada tayangan lewat malam. Itu adalah antara syarat-syaratnya dan seperti mana yang korang tahu TGV Cinemas di Mesra Mall juga dikenakan syarat yang sama ketika mula beroperasi dahulu. Bagi aku ianya sesuatu yang bagus kerana ingin mengelakkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat daripada berlaku. Faham-faham sendiri la yer. 

Selain pawagam di PB Sentral juga telah membuka sebuah pusat bowling iaitu Coral Crown Bowl pada 10 Mac 2017. Haaa.. hari ini lah. Hahaha. Aku pon tak pergi lagi sebenarnya. 36 lane bowling disediakan jadi tak perlu berebut semua dapat. Bowling ni aku suka tengok time ade tournament mesti meriah dan satu lagi suka tengok skill-skill orang yang pro main bowling macam Shalin Zulkifli tu. Perghh.. dia punya lencongan bola dah nak masuk longkang pon boleh strike bhai. Hahaha. 

Oklah itu sahaja perkongsian aku untuk kali ni. Jadi kepada sesiapa yang duduk area Kuala Terengganu dan teringin nak tengok wayang boleh serbu LFS Cinemas PB Sentral pada 18 Mac 2017 ini. Kalau rasa ada duit lebih dan nak belanja abang pon boleh. Hahhaha. Pakat mari ramai-ramai deh. Sekian. Berehhh...

20 comments

Write comments
Noor Azlan
AUTHOR
10 March 2017 at 23:31 delete

Umum semua tahu Terengganu tiada pawagam sebab isu agama dan moral kan... tapi kalau tak ada tayangan lewat malam, asingkan lelaki perempuan, dapatlah family tengok wayang dengan selesa...

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
10 March 2017 at 23:34 delete

Yup betul dan den memang sokong tiada tayangan lewat malam. Go Ganu.. Haha

Reply
avatar
nadhie wueen
AUTHOR
11 March 2017 at 00:44 delete

Akhirnya. Moga tiada isu lagi selepas ini kan :) Btw saye setuju dengan cadangan Azlan tu :)

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
11 March 2017 at 06:55 delete

wah akhirnya kembali di KT ya. harap takde isu lagi lepas ni

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
11 March 2017 at 07:01 delete

Harapnya begitulah. Klau x kene tutup balik. 😂

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
11 March 2017 at 07:02 delete

Betul tu Raihanah. Nnti dtg ganu yer. Hihi

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
11 March 2017 at 10:19 delete

Pawagam ke-2 terbesar di Pantai Timur, tentu menarik dan canggih..

Reply
avatar
Abam Kie
AUTHOR
11 March 2017 at 13:02 delete

kelantan je belum ada pawagam sampai hari ini.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
11 March 2017 at 14:05 delete

Xtau nk cakap la LZ xmasuk lgi. Dh bukak nnti saya buat review sikit. Hihi

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
11 March 2017 at 14:06 delete

Dengar cerita bakal bukak jgk tu Abam Kie. Dekat Kota Bharu.

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
12 March 2017 at 20:15 delete

Assalamualaikum... Yea setelah 22 tahun dibekukan, pawagam akan dibuka semula.. =) walaupun saya duduk di luar Terengganu tapi disebabkan perkara nie, hati ini masih belum terbuka untuk pegi ke pawagam.. hihi

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
12 March 2017 at 20:16 delete

Ouh, dok ingat nok kabo, salam kenal dari ambe, orang Kuale Tranu.. =)

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
12 March 2017 at 20:28 delete

Salam kenal jugok Sis Shikin. Saje je kabo xsuroh gi. Saya pong dok keje situ. Hihi

Reply
avatar
15 March 2017 at 09:21 delete

yer ehh.. mmg dah lama takder yer.. baru tahu ni.. ingatkan kat belah kelantan jer..

Salam kenal dari www.mamajue.com

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
15 March 2017 at 09:25 delete

insyaAllah lama sangat tak ke tganu

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
15 March 2017 at 10:06 delete

Wahhhhh terengganu pun tkde wayang? saya ingatkan kelantan ja yang takda. btw akak saya tak pernah langsung masuk wayang. dah 26 tahun kot umur haha.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
15 March 2017 at 12:15 delete

Betul. Jd kami tnggu keluar tv je. Hehe salam kenal juga.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
15 March 2017 at 12:17 delete

Ganu ngan Klate meme samo ja dua2. Hihi

Reply
avatar
QWERTY KEYPAD
AUTHOR
17 March 2017 at 22:44 delete

Wayang lening ada cctv tiap hall..klu ade monyet nk bt hal maksiat dlm tu rsenya lg senang diorg bt projek dlm kete berdua2an dri masok tempat hall yg ramai org.. setakat ni tiap kli aq g masok wayang xdop jupe lg kes org beromen dlm wayang..hnya kaki2 layan movie je phm bla masok wayang ni..org yg masok wayang fokus nk tgk citer jer..aq rse klu ada org nk beromen skalipun dlm tu kompen org seat sebelah dah sound.. walau msa tayangan tu digelapkan tp cahaya movie tu leh napok lg org lain yg duk dlm tu.. wayang dlu bukan mcm wayang skrg..klu wayang x wujud pon bukannya maksiat tu dpt dikurangkn..mcm pntai batu buruk tu jgk femes dgn citer2 romen..24jam hidup life kt stu.. depend kt mana2 individu sndri..berjuta manusia dlm dunia xkan ade yg buleh nk elok manusia nk bt maksiat..nama pon ada setan keliling kita.. maksiat mana2 tempat buleh berlaku.. klu maksiat berlaku dlm wayang skalipon bukan sbb wayang tu tp sbb jahil manusia sndri..moga jgn gelabah teruk bla KT dah bukak wayang..suke dgr berita ni even aq dah merantau brtahun tggl KT sbb aq mmg kaki layan movie..tgk movie d cineplex dgn tv xkan sama..

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
18 March 2017 at 09:37 delete

betul tu bro. tpi klau nk elak maksiat dlm tu pihak pengurusan kena ambik serious la hal ni. CCTV dan tindakan dah cukup rasanya. hahaha tgk movie dkt panggung mmg lagi best dgn big screen, sound dia lgi. lebih terkesan. hihi

Reply
avatar