MedTweetMy Membantu Permasalahan Kesihatan

Thursday, March 30, 2017 3 Comments A+ a-

Salam, hi entry kali ni saya nak kongsikan mengenai MedTweetMy. Haa mesti ramai yang tak tahu kan? Kalau dah tahu tu baguslah. MedTweetMy ni adalah satu group doktor-doktor di Malaysia yang memberikan maklumat, perkongsian, tips dan menjawab persoalan yang diajukan oleh orang awam dalam usaha membantu rakyat Malaysia agat lebih cakna terhadap kepentingan kesihatan dan juga perubatan. 

 
Lazimnya kita kalau perlukan nasihat daripada doktor terpaksalah pergi klinik ataupun hospital. Kekadang penerangan daripada doktor tersebut kita tidak betul-betul memahami kerana doktor tu ada ramai lagi pesakit yang menunggu di luar. Antara sebab lain kita tidak bertanya banyak adalah kerana kena bayar caj "consultation". Ubat pon dah mahal ni nak kena tambah lagi. Betul tak? 

Oleh itu, penubuhan MedTweetMy ni banyak membantu rakyat Malaysia khususnya. Group ini diketuai oleh Dr Khairul Hafidz dan diikuti oleh ramai lagi doktor-doktor pakar yang berlainan bidang. Jika perlukan info mengenai jantung boleh follow Dr. Beni Rusani pakar jantung, pakar buah pingang Dr. Rafidah, untuk diet pun ada doktor yang akan membantu anda. Jadi tunggu apa lagi korang bolehlah follow mana-mana doktor yang korang hendak. Kalau follow semua pun lagi bagus. Mereka akan sentiasa update dan berkongsi langkah pencegahan, ubat-ubatan, faktor-faktor penyakit dan banyak lagi. 

Seperti yang korang nampak pada gambar korang boleh follow mereka di Twitter, Facebook, Instagram, Youtube dan lain-lain. Yang penting kita sentiasa tahu produk mana yang perlu dielakkan yang memudaratkan kesihatan kita. Terutamnya produk kecantikan. Kebelakangan ini doktor-doktor ini menjakankan program #PerangMelawanMitos . Haa... jadi mereka akan membongkar samada sesuatu perkara yang di momok-momokkan sejak sekian lama itu adalah mitos ataupun benar. Contohnya mandi malam menyebabkan paru-paru berair, minum ais menyebabkan perut buncit dan sebagainya. Jadi follow mereka untuk merungkai segala permasalahan anda secara percuma ini. Terima kasih kepada doktor-doktor MedTweetMy semua. Peace. 
 

3 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
30 March 2017 at 19:42 delete

Good sharing. Dpt satu info hari ni.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
30 March 2017 at 20:12 delete

Berkongsikan lebih baik. Hihi

Reply
avatar
Julia Tarmidi
AUTHOR
9 November 2017 at 13:41 delete

Salam singgah dan follow. :)

Reply
avatar