Caffeine di dalam Kopi, Teh, Milo dan sebagainya.

Saturday, March 04, 2017 6 Comments A+ a-

Salam semua. Kali ni saya nak bercerita pasal Caffeine. Kita biasa dengar caffeine ni ada dalam kopi sahaja. Tapi sebenarnya ia juga ada di dalam minuman lain seperti milo(koko), teh bahkan dalam Coca cola juga. Coffeine ni perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja jika berlebihan akan memudaratkan diri pula.


Coffee












Seperti mana yang korang tahu kopi ni sebenarnya sedap..!!! hahaha.. Ada orang minum kopi sebab nak hilangkan mengantuk samada pada hari biasa mahupun ketika exam. Yelah nak pulun study memalam awal-awal tak nak study. ahhaha Bukannya apa kekadang memang dah study awal tapi nak refresh balik tu kena la study balik. Betul tak? Berbalik pada caffein kita tadi, jangan ingat teh dan milo takda caffein cuma kadar peratusannya rendah berbanding kopi. Mari kita tengok gambar dibawah ni. Yup betul kopi paling atas dan herbal teh takde caffeine langsung berbanding teh lain. Ohh.. baru tahu. Red Bull pun juga.



Jadi begitulah minuman-minuman yang mengandungi caffeine. Mari kita tengok negara Asian mana yang paling banyak ambil kopi dalam kehidupan seharian mereka. Yup Jepun dan Korea Utara. Kalau ada yang kaki drama korea dia tahulah. hahaha asal part minum je mesti kopi. Running Man pon sama, lagi-lagi Song Jihyo suka sangat minum  kopi americano. huhh kantoi pulak layan Running Man. hahhaha.. Aku pernah try jugak kopi americano ni hmm... memang tak boleh pergilah. Peningg..!! Espresso pon sama kaww sangat. Malaysia di tangga kelima. Carta ini dikeluarkan berdasarkan kajian oleh Nestle.


Bicara Ridz

Caffeine ni ada banyak jugak kesan buruk kepada kesihatan kita jika diambil secara berlebihan tanpa pengawalan. 1-2 cawan sehari rasanya dah ok. Antara kesan sampingan yang biasa kita hadapi setelah pengambilan caffeine secara berlebihan adalah pening kepala, degupan jantung kencang dan macam-macam lagi. Gambar di bawah menunjukkan kesan sampingan caffeine kepada angota tubuh kita secara keseluhannya. Oleh itu, kalau kerap berlaku perkara-perkara di bawah eloklah kurangkan pengambilan caffeine dan jumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Jadi minumlah minuman yang kurang kandungan caffeine seperti yang dalam gambar di atas. Sekian.


Bicara Ridz



6 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
4 March 2017 at 18:03 delete

Kak PC memang dari kecil suka minum milo...tapi tidaklah bergelas sehari...terima kasih perkongsian ini ya Ridz..

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
4 March 2017 at 18:06 delete

Alamakkk cakap lah sedap mcm mana pun memang tak boleh minum kopi haha.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
4 March 2017 at 20:09 delete

Haha ak pon stop minum drp tahun lepas.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
4 March 2017 at 20:10 delete

Milo xpe caffeine dia rendah Kak PC. Saya pon suka milo. Hehehe

Reply
avatar
13 March 2017 at 22:50 delete

Tingginya caffein dlm kopi..nasib CCL jarang minum kopi..tapi CCL selalu minum nescafe ..dah memang feveret

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
14 March 2017 at 12:14 delete

Nescafe pon sama ngan kopi. kene kurangkan pengambilan. hehe

Reply
avatar