Khasiat Sayuran dan Buah Mengikut Warna

Saturday, February 18, 2017 13 Comments A+ a-
















Yeah memang tidak dinafikan buah dan sayuran yang kita ambil setiap hari ni ada berbagai-bagai jenis warna yang menarik serta rasanya yang sedap (kecuali orang yang suka kuis sayur dia ke tepi). Hmmm.. macam budak-budak perangai kan. Hahaha. Anda juga perlu tahu bahawa setiap warna tersebut mempunya khasiat yang berbeza-beza dimana memberikan manfaat kepada tubuh badan kita secara tidak langsung. Oleh itu, mari kita "check it out" apakah khasiat disebalik warna-warna tersebut.


















MERAH

Mengandungi Likopena yang boleh mengurangkan radikal bebas juga bertindak sebagai antioksidan untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, membantu mengelakkan pengumpulan darah dan sakit jantung.

Contoh: Tomato, Epal Merah, Ceri, Tembikai, Ubi Merah, Strawberi dan sebagainya.





HIJAU

Mengandungi komponen klorofil yang boleh menyahkan toksin dari tubuh. Kandungan mineral serta kalsium juga tinggi di dalam makanan yang berwarna hijau. 

Contoh: Sayuran berwarna hijau, Epal hijau, Brokoli, Timun, Kiwi dan sebagainya.



PUTIH

Mempunyai banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan sistem pertahanan badan, menurunkan risiko penyakit usus besar, payudara, dan kanser prostat serta menjaga keseimbangan hormon dan mengurangkan risiko kanser. 

Contoh: Kubis bunga, Pisang, Lobak putih, Cendawan dan sebagainya.


JINGGA & KUNING

Mengandungi vitamin C yang melindungi daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia mengandungi alfa korotina yang melindungi dari barah dan juga beta korotina yang menukarkan vitamin A untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Ia juga penting untuk memperbaik penglihatan.

Contoh: Lemon, Oren, Pic, Ubi Keledek, Rock Melon, Jagung, Mango, Nanas, Aprikot, Lobak dan sebagainya.



UNGU & BIRU

Mengandungi antosianin yang bukan sahaja memberi warna yang menarik malah terbukti untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung.

Contoh: Beri biru, Beri hitam, Anggur Ungu, Plum, Terung, Prun, Kubis ungu dan sebagainya.


COKLAT & BROWN

Mengandungi Fiber yang bertindak seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki seperti kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout), dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita. 


Contoh: Ubi Kentang(Potato) dan lain-lain.


Begitulah khasiat-khasiat yang ada pada sayur dan buah mengikut kepada warna. Jadi kawan-kawan tak perlu rasa takut nak makan sayur dah lepas ni yer. Walaupun kekadang tengok pada warna kita takut nak makan tetapi setiap warna itu sebenarnya memberikan pelbagai khasiat dan manfaat pada tubuh kita untuk terus cergas, tangkas dan kuat dari segala serangan penyakit. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Selamat beramal dan semoga sihat selalu. Berehh...

13 comments

Write comments
Seorang Syed
AUTHOR
18 February 2017 at 23:19 delete

Okay aku selalu consume merah dengan brown haha. kalau yang hijau tu macam kiwi boleh la telan. nak makan peria apa memang liat sikit.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
19 February 2017 at 09:54 delete

Peria mmg pahit tapi kalau kene dengan cara masak sedap oo..

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
20 February 2017 at 11:38 delete

Terima kasih share info ni... sebab tu disarankan ambil balance diet yang ada macam2 warna kan...

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
20 February 2017 at 14:50 delete

yup betul. Lepas ni dh tau la nak makan yg mne lebih bnyak. hahaha

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
20 February 2017 at 22:12 delete

Good info Ridz.. Baru tau warna pun boleh membezakan zat setiap jenis buah2an dan sayuran..

LZ kurang mkn warna biru/purple. Banyak consume warna hijau, putih dan merah.. Lepas ni tau lah camne nk balance.. 😄

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
21 February 2017 at 09:26 delete

Hehe selamat beramal.

Reply
avatar
Cik Yaya
AUTHOR
21 February 2017 at 11:11 delete

salam..
hi ridz.. yaya jenjalan singgh sini.. salam kenal ^_^

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
21 February 2017 at 20:20 delete

Tq sudi jenjalan sini. Nnti saya jenjalan sana pulak. 😁

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
23 February 2017 at 17:33 delete

Macam2 warna macam2 khasiat sayur ya. .

Reply
avatar
Nik Ainaa
AUTHOR
24 February 2017 at 15:33 delete

waah meriah nampak warna buah2 ni. aina suka mkn tomato n kiwi. tapi sejak tinggl di hostel ni semua buah2an n sayur2 jarang mkn. huhu

btw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html

Reply
avatar
Lea Azleeya
AUTHOR
27 February 2017 at 12:17 delete

Gut info ridz.. TQ atas perkongsian ni..

Kite follow sini terus.. :)

Reply
avatar
1 March 2017 at 09:09 delete

tgk wrna wrni semua mnyelerakan..

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
2 March 2017 at 09:53 delete

hahaha setuju tu Miss Yui.

Reply
avatar