Astro Njoi Satu Penjimatan

Sunday, February 12, 2017 14 Comments A+ a-

Bicara Ridz



Mungkin ramai yang sudah sedia maklum akan kewujudan Njoi ni dan mungkin juga ada yang belum  tahu. Jadi entry kali ni aku nak cerita al-kisah Astro Njoi ni. Are you ready? kekeke...


Pada mulanya aku memang tercari-cari juga sesuatu yang boleh selesaikan masalah siaran TV yang tidak berapa nak 'clear' dan kabur-kabur ni. Yelah sebelum ni pakai antena yang letak atas TV tu je. Nak beli Astro memang tak lah dengan kos sara hidup yang makin meningkat saban tahun ni. Sekali harga barang naik korang ingat dengan senangnya ia akan turun balik. haha korang pun tahu. Jadi aku tak payahlah cerita panjang. Yer idok.

Jadi ingatkan nak beli yang macam rumah kakak aku tu dekoder hitam tapi takde la dia bagi piring macam astro tu. Lepas tu xjadi biarkan jelah dulu. Nak dijadikan cerita ada saudara aku yang belah bapak kahwin. Hmm.. lepas dah makan kenduri tu lepak kejap rumah pak cik aku yang sorang lagi sebelah je dengan rumah pengantin tu. Lepas tu ak tgk anak dia tengah layan disney channel, biasalah budak-budak memang gemarkan cerita kartun ni. Tapi orang besar pun layan kartun ape. hahaha.. best kot kartun. Aku pon tengoklah dekoder dia tulis Njoi. Aku pun macam ade awan atas kepala "Njoi???" Apakah?

Aku lalu memulakan langkah pertama dengan sepantas kilat google la apalagi. Maklumat dihujung jari je sekarang ni. Dah dapat semua maklumat yang diperlukan beberapa hari kemudian pergi la ker cawangan Astro terdekat untuk isi borang pemasangan. Apa yang menariknya pasal Njoi ni ialah tiada bayaran bulanan yang perlu dibayar hanya sekali seumur hidup. Masa aku pergi tu mereka tengah buat promosi pulak, memang ngam la kan. hahaha. Memandang aku takde dekoder dan piring astro tu aku kene bayar RM385 untuk dekoder baru beserta upah pemasangan. Tapi kalau korang dah ade Astro dan nak bertukar kepada Njoi hanya perlu membayar RM90 sahaja. Woww.. 

Bila dah setuju, 2 hari selepas itu mereka pun datang untuk pasang. Tak lama pun sebenarnya dalam setengah jam dah siap. Jadi dah boleh start tengok siaran-siaran yang ditawarkan oleh Njoi. Bukan semua siaran Astro dia bagi tetapi yang basic sahaja la. Ok la tu bukan selalu tengok TV pon kadang-kadang je kan. Melainkan mak aku. hehehe.. Berikut merupakan siaran yang disediakan oleh pihak Astro Njoi.


Bicara Ridz


28 siaran TV dan 20 siaran radio. Itu sahaja yang diberikan secara percuma. Namun begitu, kalau hangpa semua nak siaran lebih banyak yang takde kat dalam list tu pon boleh. Macam mana caranya? Mudah sahaja korang boleh beli top-up Njoi dimana-mana cawangan 7Eleven, stesen minyak dan lain-lain tempat yang berdaftar(boleh check di Njoi website). Lepas tu boleh top-up ker akaun anda seperti caranya di bawah. Next, tekan channel 200 untuk lihat channel-channel yang boleh korang beli beserta harganya sekali. 


Bicara Ridz



Begitulah perkongsian aku untuk kali ini. Jadi kepada yang rasa terbeban dengan komitmen yang tinggi setiap bulan boleh kurangkan dengan bertukar kepada Njoi. Apa-apa pon terpulang kepada koranglah aku hanya memberikan cadangan penjimatan sahaja. Jadi, tepuk dada tanya selera. hahahha wasalam.

14 comments

Write comments
Nour Adieb
AUTHOR
12 February 2017 at 23:09 delete

mmg jimat pakai njoi ni. nak tukar p enjoy tp sampai skrg x tertukar2

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
13 February 2017 at 06:57 delete

Perlu bertindak segera utk penjimatan. Hehe

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
13 February 2017 at 15:53 delete

Lagi jimat pakai njoi ni dari guna Astro tu kan hehe.

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
13 February 2017 at 18:13 delete

Ada jugak dengar pasal njoi ni tapi tak habis study lagi. Hehe. Ada jugak niat nak bertukar dari Astro

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
13 February 2017 at 20:18 delete

Silalah bertukar kenapa perlu bayar lebih kalau boleh berjimat. Boleh beli channel yg nk tgk je. 👍

Reply
avatar
galaksi viral
AUTHOR
14 February 2017 at 20:50 delete

Betul tu. pakai Njoi mmg jimat. hihi. channel yg ada pun okey je. Good info to share. :D

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
15 February 2017 at 09:03 delete

memng untung lagi. rasa nak bertukar jugaklah

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
15 February 2017 at 20:35 delete

Yup betul. TQ En. Viral. Haha

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
15 February 2017 at 20:36 delete

Betul tu Tuan Syed. 👍

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
23 February 2017 at 17:34 delete

Wahh lagi jimat pakai Njoi..sapa2 yg ada astro tu kalau nak jimat sila tkar pada njoi okey..thanks sharing

Reply
avatar
Nour Adieb
AUTHOR
8 March 2017 at 19:39 delete

kan, utk lebih berjimat. tp, x tau bila nak tukar 😂

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
8 March 2017 at 22:45 delete

Take your time. Haha 😂

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
8 March 2017 at 22:46 delete

Sama2. Zaman skrg ni mmg kene berjimat cermat. Hihi

Reply
avatar