5 Tips Mudah & Berkesan Untuk Kurus Secara Sihat

Friday, February 03, 2017 13 Comments A+ a-

Hi semua, disini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kurus secara lebih sihat tanpa perlu mengambil produk kurus. Saya tak cakap yang produk kurus tu xbagus tetapi kite kenalah berhati-hati. Lagipun, kite sendiri tak pasti dengan kandungan produk. Silap2 terpaksa menangung derita kesan sampingan daripada produk itu. OK.. mari kite tengok tip-tip yang saya nak kongsikan ini. hohoho..


  • Kawal pengambilan Nasi 

Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Mengigil kot kalau tak makan nasi seharian. hahaha. Jadi ape yang boleh kite buat adalah kurangkan portion pengambilan nasi tu. Jika sebelum ini 2 senduk jadi ambil 1 senduk je. Sebab nasi ni tinggi dengan karbohidrat. Seeloknya ambik waktu lunch sahaja. Breakfast dan dinner makan oat. Klau xboleh jugak makanlah nasi 1 senduk juga. Lauk pulak makanan yang ade protein macam ikan, ayam dan tidak dilupakan perlu makan sayur-sayuran dan buah juga. Makan ikut piramid makanan dan portion dalam pinggan anda seperti gambar kat bawah ni:-

Bicara Ridz




Bicara Ridz

  • Sayur dan buah-buahan
Seperti mana yang kite semua tahu sayur dan buah-buahan ni ade semua vitamin, mineral dan ape saje yang diperlukan oleh tubuh kite. Jadi bila kite makan daripada sumber-sumber semulajadi ni badan akan rase lebih sihat dan kuat. Disamping itu, kite dapat mengelakkan daripada penyakit. Jadi, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan buang tepi yerrr..kekeke


  • Bersenam/Riadah
Haa mesti korang malas nak bersenam  kan? Yelah dengan kesibukan waktu ditempat kerja/study letih kot. Tak perlu risau di zaman moden dengan gadget2 yang serba canggih korang boleh download aplikasi-aplikasi senaman yang boleh dibuat di rumah. Tak lama pon sebenarnya dalam 7-15 minit. Ini untuk memastikan tubuh dapat membakar kalori/ lemak degil yang berlebihan tu. Barulah kurus dan fit.


  • Air Kosong
Air kosong juga penting untuk tubuh. Kite perlu mengambil 8 gelas air kosong sehari ataupun 2 liter. Korang perlu tahu dengan meminum air kosong yang cukup dapat membantu mengurangkan berat badan juga. Bile dah banyak minum cepat jugaklah rase nak terkencing kan. Jadi badan kite akan buang segala toksin-toksin yang ada dalam badan melalui air kencing kite tu.


  • Maintain
Akhir sekali korang kenalah maintain fit dengan tip-tip diatas. Kalau sekali-sekala nak makan makanan yang tinggi kalori tu boleh tapi kene bersenam lebihlah sebab nak bakar balik kalori-kalori yang berlebihan dan masuk tu. Dengan kata lain badan kite akan bakar kalori setiap hari dengan jumlah tertentu. Sebagai contoh kalori yang dibakar ialah 1800 sehari. Jadi, jumlah kalori masuk perlu kurang daripada kalori keluar. Kalau dah kalori yang masuk kurang badan kekurangan kalori nak bakar. Jadi, badan akan ambik lemak yang dh sedia ade tu untuk bakar bagi mencukupkan 1800 yang perlu dibakar. 

Sekian. Selamat beramal yerr...

13 comments

Write comments
Mr ola Bola
AUTHOR
7 February 2017 at 14:20 delete

saya minum air kosong dalam sehari memang banyak

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
7 February 2017 at 23:55 delete

Terbaik bro, minum air kosong secukupnya. Jgn terlebih pulak. Hehehe

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
23 February 2017 at 17:42 delete

Kak lya memang minum air kosong banyak2 kat rumah..suami dan anak2 pon mmg kak lya bagi diaorang minum air kosong..Anak2 kak lya aktif main bola jadi kena bagi diaorang minum banyak air kosong..Kalau kurang air bahaya.nak nak musim panas sekarang ni..

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
7 March 2017 at 02:24 delete

Nasi tu payah betul nak kawal haha. Tak pernah nak makan sikit. Lagi2 kalau lauk time tu memang kena dengan tekak. Boleh tambah 3 kali kot.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
7 March 2017 at 09:20 delete

Itu masalah paling besar sebenarnya. kakkaka

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
7 March 2017 at 09:22 delete

Kekurangan air boleh menyebabkan dihydrasi. Boleh pengsan juga dibuatnya.

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
7 March 2017 at 16:32 delete

nampak macam senang.... tapi susah nak buat.... huhuh


- Mia Liana -

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
7 March 2017 at 18:29 delete

Usaha tangga kejayaan. Kemon Mia Liana. 😁

Reply
avatar
Nour Adieb
AUTHOR
8 March 2017 at 19:38 delete

skrg sy dah makan sayur 😁 dulu x makan, pandang sebelah mata pun x terhingin. hanya lebih makan buah. lepas berat dah naik 13kg, tobat dah nak makan sukati takda limit. terus amalkan pemakanan yg sihat. nasi mmg x tinggal, cuma kurangkan kuantiti 😉

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
8 March 2017 at 22:42 delete

Cubaan yg bagus Nour. Mmg susah nk tinggalkan nasi. Jdi kite kurangkan. Semoga berat mula menurun. Hehe caiyokk..

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
9 March 2017 at 10:30 delete

Alhamdulillah akak takde masalah berat badan tapi akak nak naikkan sikit berat badan.. Makan banyak tapi sebab metabolism tinggi tak sempat jadi lemak..

Akak agak particular tentang keseimbangan makanan dalam setiap hidangan.. Mesti ada sayur dan lauk daging / ayam / ikan. By the way, nice sharing Ridz mudah sebagai rujukan 👍.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
9 March 2017 at 11:46 delete

TQ Sis. Saya tgh berurusan dgn Mellya suruh dia tgkkan SEO blog ni. Nasib baca blog LZ aritu. hehe perkongsian yg bagus.

Reply
avatar
Ridz
AUTHOR
9 March 2017 at 11:48 delete

Ohh ya nnti nak masuk Sis punya exchange blog ok.

Reply
avatar